Connect with us

Kompaun 10ribu Operasi Tanpa Kebenaran MITI

Berita

Kompaun 10ribu Operasi Tanpa Kebenaran MITI

KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis mengeluarkan kompaun RM10,000 ke atas sebuah kilang percetakan kerana melanggar SOP dan didapati tidak mempunyai kebenaran MITI untuk beroperasi.

Kompaun itu dikeluarkan dalam pemeriksaan mengejut ke kilang berkenaan di Jalan Genting Klang di sini.

Timbalan Komender Pasukan Simpanan Persekutuanj (PSP), ACP Rosman Kasman memberitahu, dalam operasi yang disertai 12 anggota PSP bersama 12 anggota PGA itu, para pekerja kilang berkenaan juga didapati tidak memakai pelitup mulut dan hidung ketika serbuan dilakukan.

Seorang anggota polis sedang mengeluarkan kompaun kepada pengusaha kilang percetakan kerana beroperasi tanpa kebenaran MITi.

Beliau berkata,sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, para pekerja terbabit tergesa-gesa memakai pelitup mulut dan hidung.

“Polis yang menjalanikan pemeriksaan mendapati kilang percetakan itu tidak memiliki kebenaran daripada MITI untuk beroperasi sepanjang PKP ini.

“Kerana melanggar beberapa SOP, kita mengeluarkan kompaun RM10,000.

“Pengerusan kilang berkenaan juga perlu memberi penjelasan lanjut kepada Kementerian Kesihatan mengenai kesalahan yang telah dilakukannya,” katanya.,

Sementara itu, dalam operasi berasingan, beliau berkata, polis mendapati sebuah kilang pembuatan barangan kemas didapati mematuhi SOP seperti disyaratkan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kilang pembuatan barangan kemas itu dilakukan di sekitar Ampang.

“Kita berpuas hati kerana para pekerjaannya mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk pemakaian pelitup mulut dan hidung,” katanya.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Berita

Facebook

Advertisement

Trending

To Top