Connect with us

“Saya Untung 5 Ringgit Je Kak”

Inspirasi

“Saya Untung 5 Ringgit Je Kak”

Akak tu balas.. “Laaa ingatkan u jual harga ahli, takpelah lepas ni akak beli dengan kawan akak jelah, dia jual harga ahli”

Sayu hati aku. Terdetik dalam hati.. Rumah besar, banglo. Ada taman. Kereta parking sampai luar pagar. Takkan 5 ringgit berkira dengan aku yang bisnes kecil-kecilan ni.

Datang COD pun dengan anak.. Dengan untung 5 ringgit tu la, aku dapat beli barang dapur. Kadang balik dari hantar barang, singgah beli jajan anak, beli pampers. Tak lama pun dia duk dalam purse..

Dan sungguh tak kaya pun aku dengan untung 5 ringgit tu. Hanya untuk keperluan harian..

Masa berlalu. Hidup aku pun dah berubah. Bila order food panda atau yang lain.. Duit lebih tu selalu aku cakap “Takpe abang amik”.

Bukan banyak pun.. Singgit dua. Paling banyak lima ringgit. Bersungguh abang tu ucap terima kasih. Mungkin dengan duit tu. Dapat beli susu anak.

Dapat topup minyak motor. Bertambah gaji dia walau sikit. Memberi bukan sebab aku baik. Memberi bukan sebab aku kaya. Memberi sebab aku faham.

5 ringgit.. Nilai kecil pada kita tapi besar ertinya buat orang yang betul-betul memerlukan.

Kiriman netizen.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Inspirasi

Facebook

Advertisement

Trending

To Top