Connect with us

Bersediakah Harimau Malaya ‘mengaum’?

Arena

Bersediakah Harimau Malaya ‘mengaum’?

Demam bola sepak kembali lagi, Malaysia akan meneruskan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat Covid-19. Perlawanan akan berlangsung di UAE.

Setelah skuad Harimau Malaya membuat kejutan apabila mengumumkan pemain kacukan Dion Cools bersetuju untuk menyarung jersi keramat kuning hitam, para penyokong mula optimis dengan kemungkinan kejayaan skuad negara pada kempen kali ini.

Terdapat sedikit kebimbangan di mana Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga dilihat berada dalam tahap terbaik mereka untuk mengharungi baki bermula menentang Malaysia tengah malam ini. UAE telah Berjaya meledakkan 11 gol dalam dua aksi pemanas badan, manakala Malaysia pula tewas dalam dua perlawanan persahabatan mereka. Ketika ini, skuad bimbingan Bert van Marwijk itu menghuni tangga keempat dengan enam mata namun memiliki kelebihan satu perlawanan berbanding tiga pasukan teratas iaitu Vietnam, Malaysia dan Thailand.

Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe berkata anak buahnya tetap menerima manfaat. Beliau berkata kedua-dua perlawanan tersebut memenuhi objektif disebabkan gaya permainan mereka ada persamaan dengan UAE, dan pada masa sama Malaysia perlu segera menyesuaikan diri dengan cuaca dan zon waktu di Timur Tengah.

Malaysia bakal berdepan cabaran sukar menentang pasukan UAE di Stadium Zabeel, Dubai jam 12.45 malam ini. Siaran langsung di Astro dan RTM.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Arena

Facebook

Advertisement

Trending

To Top