Connect with us

PELAJAR MRSM – PEROLEH PHD PADA UMUR 27 TAHUN.

Gambar facebook

Inspirasi

PELAJAR MRSM – PEROLEH PHD PADA UMUR 27 TAHUN.

Muhammad Syahmeer How bin Mohd Firdaus How. Dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak namun menetap di Cheras, Selangor dari kecil. Anak pertama daripada 4 adik beradik. 2. Tingkatan 1-3 di MRSM Transkrian, Pulau Pinang. Meraih keputusan 8A dlm PMR 2008. Merupakan ahli badan wakil pelajar (BWP) dan mewakili maktab dalam pertandingan Choral Speaking dlm peringkat daerah, negeri dan MRSM. Tingkatan 4-5 berpindah ke MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka. Meraih keputusan 6A+ 3A dlm SPM 2010.

Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB, beliau berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Kimia) di UniKL MICET untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di Massey University, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA.

Selepas menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda, Alhamdulillah beliau diberi tawaran oleh Professor di Massey University untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan geran penyelidikan beliau sendiri. Kajian PhD beliau ialah tentang menggunakan konsep dan teori asas dlm kejuruteraan kimia untuk memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.

Alhamdulillah pada awal tahun ini beliau berjaya menghabiskan pengajian PhD dan bakal pulang ke tanah air untuk bekerja sebagai pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia, insyaAllah..

Sedikit tips daripada beliau berkiatan pengajian PhD:

  1. Kerap berjumpa dengan penyelia (supervisor). Saya akan bertemu dengan keempat-empat supervisor saya seminggu sekali untuk membincangkan tentang struktur dan hasil kajian. Penting untuk memastikan kajian kita ada kemajuan setiap minggu walaupun sedikit.
  2. Sering berinteraksi dengan pelajar yang lain Disebabkan pengajian PhD adalah perjalanan yang sunyi, mudah untuk hilang motivasi terutamanya bila hasil kajian kita ‘gagal’ atau tidak seperti yang di rancangkan. Tips saya ialah untuk sentiasa kongsikan masalah kajian bersama rakan-rakan PhD yang lain kerana lebih senang untuk menghadapi masalah itu bila kita tahu orang lain pun sudah melalui masalah yang sama.
  3. Berani mengambil inisiatif semasa saya di tahun kedua PhD, kerja penyelidikan saya tergendala untuk seketika apabila saya diuji dengan dugaan yang besar di mana ayah saya meninggal dunia secara tiba-tiba. Disebabkan itu, walaupun saya sudah di tahun ketiga, saya tidak lagi mempunyai hasil kajian yang cukup, ditambahkan pula dengan peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti saya. Kebetulan juga pada masa itu saya diberi peluang untuk membentang sebahagian dari penyelidikan saya di konferens antarabangsa di Nottingham, United Kingdom. Melalui konferens tersebut saya sempat berjumpa dengan beberapa penyelidik terkemuka di dalam bidang kajian saya yang kebetulan juga mempunyai peralatan tersebut di makmal mereka. Hasil daripada perjumpaan tersebut saya ditawarkan untuk menjalani kajian saya di Paris, France selama 3 bulan di mana hasil kajian tersebut memberi impak yang besar di dalam kejayaan PhD saya.
  4. Amalkan kehidupan yang seimbang PhD memerlukan penjanaan dan perkembangan idea yang berterusan, terutamanya apabila sudah sampai tahap penulisan tesis. Bagi saya idea lebih mudah untuk keluar dengan fikiran yang tenang dan segar. Cara paling mudah ialah dengan bersukan dan sering mengambil percutian yang jauh dari tempat belajar. Semasa saya menjalani pengajian, saya akan mengambil masa untuk bersukan (skuasy) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan sering bercuti di luar negeri pada hari minggu.
  5. Anggap PhD seperti kerja, bukan belajar. Tips saya yang terakhir ialah untuk menganggap PhD ini seperti suatu pekerjaan kerana ianya tidak sama seperti Ijazah Sarjana Muda di mana jadual harian kelas sudah diberi oleh universiti. Semasa saya menjalankan pengajian, saya selalunya berada di kampus jam 8 pagi dan hanya akan pulang selepas jam 5 petang, Isnin sampai Jumaat. Bagi saya suasana pekerjaan itu penting untuk memastikan kita serius semasa menjalani kajian.

Tahniah Syahmeer How! Cikgu bangga dengan anda… Tahniah MARA kerana berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang hebat seperti ini… Kita bentuk mereka dari MRSM sehingga penajaan belajar ke luar negara. Caiyookkk MARA!

Sumber FB: Dr. Zulkifli Hussain

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Inspirasi

Facebook

Advertisement

Trending

To Top