Connect with us

Brentford ke EPL setelah mengalahkan Swansea City

Gambar file

Arena

Brentford ke EPL setelah mengalahkan Swansea City

Penantian 74 tahun ke EPL membuahkan hasil apabila Brentford berjaya mengalahkan Swansea City dalam perlawanan ‘playoff’.

London: Brentford berjaya layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas penantian 74 tahun apabila mengalahkan Swansea dalam perlawanan akhir playoff Liga Kejuaraan.

Pasukan yang dibimbing Thomas Frank itu melengkapkan kisah dongeng mereka hasil gol separuh masa pertama Ivan Toney dan Emiliano Marcondes di Wembley.

Pemain Swansea, Jay Fulton diperintah keluar padang pada pertengahan separuh masa kedua sekali gus menyukarkan lagi pasukannya untuk bangkit semula.

Selepas baru dua musim beraksi di gelanggang baru Stadium Brentford Community, The Bees akan menanti kunjungan pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Liverpool ke London barat pada EPL musim hadapan.

Termasuk kekalahan kepada Fulham dalam perlawanan akhir playoff musim lalu, Brentford gagal mencari slot ke EPL selepas sembilan kali tumpas dalam saingan playoff.

Tidak ada pasukan yang kalah lebih banyak berbanding Brentford di perlawanan akhir playoff iaitu sebanyak empat kali namun Frank mengakui bahawa badi berkenaan sudah terhapus.

“Ia adalah perjalanan yang panjang. Kumpulan pemain ini sangat luar biasa. Semua orang memainkan peranan utama. Perasaan ketika ini adalah sangat tenang dan santai. Bersedia dengan cabaran baru. Sekarang saya mahu bergembira dan selepas itu baru risaukan mengenai EPL,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Arena

Facebook

Advertisement

Trending

To Top