Connect with us

Resepi ayam goreng berempah dan kuah kerutub

Gambar fail

Dapur

Resepi ayam goreng berempah dan kuah kerutub

Walau sekadar ayam goreng, namun perapan rempah yang sempurna dan penuh rasa memang boleh bikin ketagih. Namun caranya bukan seperti menggoreng ayam biasa, teknik bermain api diperlukan supaya serdak rempah tidak hangus dan ayam masak sempurna.

Terima kasih As Rashid atas perkongsian resepi.

Bahan dan cara membuat ayam goreng berempah

Bahan kisar :
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas

Bahan lain :
Serbuk cili
Serbuk kari daging
Jintan manis (biji bukan serbuk)
Daun kari

Cara – cara:

  1. Gaul semua bahan dengan ayam dan perap.
  2. Untuk mendapatkan ayam yang cantik dan serdak tidak hangus, kena pandai mengawal api. Panaskan minyak terlebih dahulu. Apabila sudah panas, masukkan ayam dan kecilkan api.
  3. Biarkan lebih kurang 10 minit dengan api kecil dan baru besarkan api.
  4. Daun kari ditabur dalam kuali sewaktu mengangkat ayam. Jangan masukkan awal kerana ia akan hangus.
  5. Ulang langkah 1 untuk proses goreng seterusnya.

Bahan kuah:
Rempah empat sekawan (kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga)
Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia (kisar)
Serbuk kari daging + serbuk rempah kerutuk
Cili kering yang direbus (kisar)
Serbuk cili sedikit
Kerisik
Santan
Ayam – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama cili kering, serbuk cili, serbuk kari daging dan rempah kerutuk. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sedikit air, biarkan ia menjadi seperti pes. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam, santan dan kerisik. Kuah jangan cair sangat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih agar bahan tadi sebati dan serasi. Tutup api.

Sumber asal di MYKMU: Resepi Ayam Goreng Berempah dan Kuah Nasi Kukus

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Dapur

Facebook

Advertisement

Trending

To Top