Connect with us

JAWI saran masjid, surau adakan solat sunat, khutbah gerhana

Berita

JAWI saran masjid, surau adakan solat sunat, khutbah gerhana

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat serta surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat sunat dan Khutbah Gerhana selepas solat maghrib, hari ini, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

JAWI dalam satu kenyataan, hari ini, berkata makluman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku antara jam 7.18 hingga 8.52 malam ini.

Katanya, fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam segenap aspek kehidupan yang perlu dijadikan iktibar bersama oleh semua umat Islam.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Azlikamil Napiah, berkata rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau ‘bulan berdarah’ bermula sekitar jam 4.47 petang ini dan dijangka berakhir kira-kira jam 9.50 malam.

Azlikamil memaklumkan, fasa penuh fenomena gerhana ‘Super Flower Blood Moon’ hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.Katanya, penduduk di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal.

Artikel asal di Berita Harian: Jawi Saran Masjid Surau Adakan Solat Sunat Khutbah Gerhana

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Berita

Facebook

Advertisement

Trending

To Top