Connect with us

Sejarah Disebalik MAGGI Yang Kita Perlu Tahu

Gambar isaham.my

Dapur

Sejarah Disebalik MAGGI Yang Kita Perlu Tahu

Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”. Tetapi tahukah anda siapa sebenarnya pengasas jenama Maggi?

Rakyat Malaysia dan Maggi adalah makanan yang tidak dapat dipisahkan yang mempunyai pelbagai perisa seperti perisa sup ayam, kari, asam laksa, tomyam dan sebagainya. Sebut sahaja mengenai mi Maggi pasti ada yang akan mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan dan universiti. Bayangkan mi Maggi mampu menjadi penyelamat bagi pelajar menghadapi liku-liku kehidupan semasa di universiti. Bukan sahaja dijual pada harga yang berpatutan malah “Mi Maggi cepat dimasak, lazat dimakan”. Tetapi tahukah anda siapa sebenarnya pengasas jenama Maggi?

Siapa Pengasas Maggi?

Gambar Nestle

Kebanyakan orang pasti ingat Maggi hanyalah jenama mi segera. Tapi sebenarnya Maggi merupakan nama pengasas syarikat tersebut. Jenama Maggi mula diperkenalkan oleh seorang ahli perniagaan dari Switzerland, Julius Michael Johannes Maggi pada tahun 1887. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1846 dan merupakan anak bongsu kepada Michael Maggi, imigran daripada Itali dan ibunya Sophie anak jati Switzerland.

Pada mulanya perniagaan Maggi hanyalah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan tepung gandum. Beliau bukan sekadar seorang usahawan, namun mempunyai visi dan berpandangan jauh. Beliau telah melihat keadaan semasa terutamanya melihat kaum wanita menyediakan makanan untuk keluarga. Situasi ini telah memberi idea bagaimana nutrisi makanan mampu disediakan pada kadar yang cepat dan memberi manfaat kepada setiap keluarga.

Pengenalan Produk Pertama

Atas usaha keras, beliau telah bekerjasama dengan seorang pakar nutrisi makanan bernama Fridolin Schuler yang mengamalkan konsep untuk meningkatkan mutu makanan dalam kalangan pekerja. Pada tahun 1884 kerjasama mereka telah berjaya menghasilkan produk kekacang, namun produk tersebut gagal mendapat sambutan.Pada tahun 1886, berkat usaha dan tidak berputus-asa satu produk berasaskan sup segera telah berjaya dihasilkan.

Penghasilan ini telah mendapat bantuan kewangan dan perhatian daripada kerajaan Switzerland. Selang beberapa tahun Maggi telah menghasilkan beberapa sup pelbagai perisa serta sos sebagai penambah perasa dalam masakan. Syarikat Maggi telah berkembang maju dan membuka beberapa cawangan seperti Amerika, Perancis dan lain-lain.

Nestle Mengambil Alih

Menjelang tahun 1947, untuk meningkat pertumbuhan syarikat sebuah syarikat multinasional dari Switzerland iaitu Nestle telah mengambil alih sepenuhnya hak perniagaan Maggi. Jenama Nestle meliputi Nespresso, Nescafe, Kit Kat, Smarties, Maggi, Vittel dan pelbagai lagi. Selepas pengambil alihan ini, jenama Maggi yang diasaskan oleh Julius Maggi telah dikenali hampir ke serata dunia.

Bagi pasaran Malaysia, Maggi memulakan operasi sekitar tahun 1969 dengan memperkenalkan produk berasaskan sos seperti sos tomato dan cili. Selepas mendapat sambutan, Maggi telah memperkenalkan mi segera berperisa kari kepada rakyat Malaysia pada awal 70-an.

Manusia mati meninggalkan nama

Akhirnya, Julius Maggi telah meninggal dunia pada tahun 1912 disebabkan penyakit strok. Jasa Julius Maggi sangatlah bernilai terutama memudahkan golongan pekerja dan wanita dari segi kecepatan penghasilan masakan yang bernutrisi. Kini jenama Maggi telah menghasilkan pelbagai jenis produk masakan. – Sumber isaham.my

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Dapur

Facebook

Advertisement

Trending

To Top