Connect with us

Mayat Tercampak Kereta Meletup

Gambar fail

Berita

Mayat Tercampak Kereta Meletup

Kenderaan dipercayai membawa mercun bola meletup akibat disambar petir.

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan kereta yang meletup menyebabkan seorang lelaki maut di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, akibat membawa mercun bola.

Menurut laporan berita HMetro, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

Kenderaan terbakar dilokasi kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sire di Kota Baru, Kelantan. Gambar netizen.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Difahamkan, empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

“Kejadian itu turut menyebabkan enam kenderaan terbakar termasuk kenderaan dipandu mangsa,” katanya.

2 Comments

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Berita

Facebook

Advertisement

Trending

To Top